Video Penghormatan Terakhir Buat Paul Walker Oleh Pasukan Fast And Furious

Paul Walker, pelakon yang terkenal menerusi siri filem Fast And Furious yang meninggal dunia setelah terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri. Kereta Porcshe Carrera GT yang dipandu teman baiknya, Roger Roads yang turut terkorban apabila kenderaan tersebut telah meletup dan terbakar setelah melanggar tiang lampu jalan serta sebuah pokok.

paul walker 2

Bagi memperingati mendiang Paul, pasukan Fast And Furious tela melancarkan sebuah video bagi memberi penghormatan kepada beliau yang turut dikenali dengan watak Brian O’Conner.

Kematian Paul telah menimbulkan beberapa persoalan bagi peminat siri Fast And Furious apabila siri ke tujuh filem tersebut telah ditangguhkan penggambarannya akibat kematian watak utamanya. Walaubagaimanapun, pihak Universal Studio telah memaklumkan bahawa filem tersebut tidak akan dihentikan, namun akan terdapat perubahan pada jalan cerita dan skrip.

About The Author

You might be interested in