“ Ummi Nazeera Memiliki Bakat Lakonan Luar Biasa”- Ellie Suriati

Filem Penanggal, arahan sulung Ellie Suriati ini, dikatakan bakal memberikan impak besar dan kelainan kepada para penonton. Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Ummi Nazeera. Ummi yang memegang watak utama sebagai Murni juga merupakan hantu penanggal telah mendapat pujian daripada segi penghayatan watak dan lakonan daripada pengarah Ellie Suriati.

ellie suriati

“Menghasilkan filem Penanggal ini, sebelum memulakan pre-produksi lagi saya mencari pelakon yang mampu memberi sepenuh jiwa dalam watak Murni ini dan Alhamdulillah Ummi berjaya melaksanakan tugasnya seperti yang saya inginkan.”

Tambah beliau lagi, Ummi mempunyai bakat lakonan yang luar biasa serta berjaya menjiwai watak yang diberikan sebaik mungkin.

penanggal 2

“Apa yang dapat dilihat, Ummi memiliki bakat lakonan yang luar biasa. Dia benar-benar menjiwai wataknya itu sebaik mungkin.”

Filem ini mengisarkan seorang gadis bernama Murni yang secara tidak sengaja mewari ilmu penanggal. Disebankan ilmu itu beliau terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung yang diberi nama Kampung Jawa untuk mencari perlindungan. Mari kita saksikan trailer filem tersebut yang turut dibintangi pelakon hebat Fasha Sandha dan Azri Iskandar.

About The Author

You might be interested in