Rakaman CCTV Kemalangan Kereta Paul Walker Tersebar

paul walker

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan berita kematian aktor Fast And Furious, Paul Walker ataupun lebih dikenali dengan watak Brian O’ Conner dalam sebuah kemalangan tragis.

Berikutan itu, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah memperlihatkan saat-saat mencemaskan tersebut mula tersebar luas di Internet.

Seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata, kenderaan Porsche milik Paul telah dipandu laju sebelum berlakunya
kemalangan yang menyebabkan kereta itu meletup dan terbakar.

Melalui rakaman CCTV tersebut,  terdapat asap hitam berkepul-kepul ke udara dan menampakkan ledakan api sejurus selepas kemalangan terjadi.

Letupan itu berlaku apabila Paul bersama rakannya terlibat dalan kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California, Amerika Syarikat dimana mereka telah melanggar sebuah tiang telefon yang mengakibatkan letupan berlaku.

About The Author

You might be interested in