Penyanyi Terkenal Beyonce Buat Kejutan Bagi Pengunjung Wallmart Sempena Krismas

beyonce 2

Penyanyi bertaraf antarabangsa Beyonce Knowles, telah mengejutkan pengunjung pusat membeli belah Wallmart apabila beliau telah membelanja mereka sempena perayaan Krismas.

Beyonce yang ditemani pihak pengawal keselamatannya serta krew kamera dikelilingi sebahagian besar peminat yang menyedari kehadirannya di situ, kemudiannya, menghampiri kaunter pembayaran sekali gus membuat pengumuman mengenai niatnya itu.

beyonce 3
beyonce 4

“Saya Beyonce. Saya singgah sebentar di sini kerana album terbaru saya sudah pun dipasarkan di sini. Saya mahu berkongsi sedikit hadiah dengan semua orang di sini. Setiap pembelian USD50 kamu, saya belanja.”

beyonce 1

Pengumuman tersebut ternyata mengukir senyuman dan membuat pengunjung di situ gembira. Beyonce di anggap sebagai seorang yang pemurah hati dan tidak sombong dengan peminat.


About The Author

You might be interested in