Jackie Chan Diserbu Peminat Di Pavillion Kuala Lumpur

Jackie Chan, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri perfileman antarabangsa. Jackie juga merupakan ikon Asia yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

Pada 18 Disember lepas, Jackie Chan telah pun berada di bumi Malaysia iaitu Kuala Lumpur bagi mempromosikan siri filem terakhir Police Story.

jackie chan 1

Majlis promosi filem tersebut telah diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur. Jelas sekali kehadiran beliau ke negara ini menimbulkan fenomena apabila peminat beliau mengambil peluang tersebut untuk bersua dengan artis pujaan mereka.

jackie chan 2.2

Jackie Chan ternyata tidak sombong dan sempat melayan peminat dengan mengambil beberapa gambar bersama mereka.

Mari kita saksikan trailer filem Police Story 2013 yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 24 Disember ini.

About The Author

You might be interested in