Jackie Chan Bakal Berada Di Malaysia 18 Disember Ini

Pelakon aksi hebat bertaraf antarabangsa  Jackie Chan, bakal menjejakkan kaki di Malaysia pada 18 Disember ini.

Pengarah hebat pujaan ramai itu bakal tiba di Kuala Lumpur sempena mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Police Story 2013.

jackie 2

Kedatangan Jackie Chan atau nama sebenarnya Chan Kong San, 59, telah disahkan sendiri oleh pihak pengedar filem iaitu Ram Entertaiment dan SKT menerusi satu kiriman email.

jackie 3

Pada hari tersebut Jackie Chan akan berada di Pavilion, Kuala Lumpur untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem Police Story 2013. Para peminat aktor tersebut juga berpeluang untuk beramah mesra dengan bintang pujaan mereka sewaktu majlis tersebut telah selesai.

Tentu sekali peminat Jackie Chan tidak sabar untuk menonton filem terbaru beliau bukan? Mari tambahkan debaran anda dengan menonton trailer Police Story 2013.

About The Author

You might be interested in