Hanez Suraya Tagih Publisiti Murahan?

Hanez Suraya, nama yang sering kali dihimpit dengan kisah-kisah peribadi serta kontroversi berbanding dengan kerjaya seni beliau sebagai seorang pelakon. Setelah terlibat dengan pelbagai kontroversi panas, beberapa pihak mendakwa bahawa aktres tersebut sengaja mencetuskan sesuatu perkara malah menyenangi situasi tersebut dek kerana menginginkan namanya terus menjadi sebutan ramai.

Namun, Hanez Suraya menafikan bahawa dirinya tidak menginginkan perkara seperti ini berlaku. Malah, beliau juga tidak mencari publisiti murahan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Bukan saya yang mencipta kontroversi. Kontroversi tersebut datang daripada orang lain dan peminat yang kurang berpuas hati dengan saya. Lepas satu, satu yang datang. Saya bukan mahu mencari atau pun menumpang populariti sesiapa, tapi ada sahaja pihak yang kurang berpuas hati dengan saya. Saya mahu fokus kepada kerjaya, jadi berita-berita sebegini saya rasa tidak perlu dihebahkan.”

Jelas Hanez lagi, beliau sememangnya tidak ingin menjaja kisah peribadi beliau kepada umum. Hanez sedar bahawa cerita-cerita tersebut hanya akan memberikan kesan buruk kepada dirinya.

About The Author

You might be interested in