Filem Kami Histeria Kutip RM 500,000 4 Hari Tayangan

Filem baru Kami Histeria karya Shamyl Othman, nampaknya telah mendapat sambutan di pawagam utama seluruh Malaysia apabila ia mula di tayangkan pada 6 Februari yang lalu.

kami histeria

Jumlah kutipan filem tersebut telah mencapai angka RM 500,000 hanya dalam masa empat hari tayangan.

Shamyl yang merupakan anak kepada pengarah terkenal Othman Hafsham mengatakan ini adalah kali pertama beliau mengarahkan sebuah filem, dan ternyata ianya jelas berbeza dengan pengarahan drama.

“Bagi saya cabaran mengarah filem apabila setiap scene perlu dijaga dengan terperinci kerana filem disiarkan di skrin sebesar 20 kaki maka setiap inci bakal diperhatikan” katanya.

“Kita juga mengambil masa yang lama dalam pemilihan pelakon yang bakal menganggotai kumpulan Histeria dan alhamdullah, pemilihan yang dibuat menghasilkan kombinasi yang baik.”

Filem ini mempertaruhkan beberapa bakat baru antaranya Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Airin (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) dan disebut-sebut sebagai kekuatan filem Kami Histeria.

kami histeria 2

Selain jalan cerita yang menarik dan tidak ‘cliche’, lakonan Nur Fazura sebagai Cik Lang iaitu hantu yang bercakap menggunakan loghat Kedah serta lagu karya Loque yang digunakan sebagai runut bunyi dalam filem Kami Histeria telah menarik perhatian ramai.

Mari kita layan ‘original soundtrack’ filem Kami Histeria.

About The Author

You might be interested in