Anugerah Meletop Era Bakal Diadakan Tahun Hadapan

anugerah meletop era

Pasti ada di antara anda yang sering mengikuti program hiburan Meletop yang bersiaran secara langsung di Astro Ria. Rancangan tersebut sering mengupas isu mengenai artis, muzik dan gosip hangat.

Hampir memasuki tahun baru tidak lama lagi, pihak Astro telah merancang untuk mengadakan sebuah anugerah berdasarkan program Meletop dengan kerjasama  stesen radio tempatan Era Fm.

Anugerah Meletop Era yang bakal diadakan pada 8 Februari 2014 itu bakal dihoskan oleh pengacara Meletop sendiri iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad. Datuk AC Mizal juga bakal bergabung dengan dua pengacara itu untuk memeriahkan majlis.

anugerah meletop era 2

Anugerah membabitkan 16 kategori itu bertujuan meraikan personaliti dan karya paling meletup sepanjang tahun ini, melalui undian yang akan dibuat oleh orang ramai.

Undian fasa pertama bermula dari 19 Disember 2013 sehingga 10 Januari 2014.

Anugerah ini juga merangkumi pelbagai cabang dalam industri hiburan seperti nyanyian, lakonan serta penyiaran televisyen.

Anda boleh melayari laman web http://meletop.com.my/ untuk maklumat lanjut.

About The Author